<//avoir>
Jiran atas
Saturday, April 1312:38 AM \\


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ ♥

Macam aku janji dalam latest post aku. Malam ni kalau rajin aku nak cerita seram yang jadi dekat Kajang. Ok, sekarang nampak sangat aku tengah rajin. Ceh ceh, padahal nak release segala oxygen yang sesak dalam otak aku akibat belajar Logarithm (Addmath). Sesak otak aku weh nak hadam maklumat dari Logarithm. Perlu pertingkatkan latihan mungkin 5buku latihan baru cukup kot? Hm. Endless of practise well practise make perfect ey?
Lets began
Macam malam malam selama ni bila aku balik Kajang memang rajin betul ""jiran atas"" rumah ni kemas rumah (Almaklum rumah aku Appartmnt) kalau boleh setiap hari setiap jam setiap saat setiap minit lah dia nak kemas perabot dalam rumah dia. Pagi ke tengah hari ke petang ke malam ke dia bantai je nak kemas bila. Kejap dengar orang tarik kerusi meja makan, pastu dengar bunyi lesung batu, pastu bunyi orang ketuk besi pulak. Aku dah rimas korang tau tak? Asal balik Kajang for sure aku kena tadah telinga dengar benda alah ni. Ceh.

First at all, dulu masa aku dekat sana (naif taktau lagi rumah atas jarang penghuni dia ada rumah) aku buat taktau jelah bunyi benda ni. Masa tu aku form1. Weh! Boleh bayang tak sekarang aku dah form4 kot. Benda tu still tak berubah bunyi dia. Then, ada satu hari ni aku terlintas nak tanya kat mama knp org atas ni rajin sangat mengemas. Mama pun dgn selamba jwb "Org atas ni balik Johor, adik. Bukan selalu ada kat rumah pun" Aku dah macam aik? Dahtu benda apa yang duk rajin mengemas rumah ni. Ok, aku berani cakap dalam hati ja sbb aku dah cuak nak mati time tu. Lepas tu baru aku tau benda tu yang tlg kemaskan rumah utk tuan rumah. Rajin betul.

Ok, masa aku ontheway datang Kajang dgn AE. Aku dah cakap awal-awal dekat dia supaya tak ada soalan cepumas dari dia dkt rumah nanti memandangkan blok rumah aku tu dah macam FLAT 3A. Macam tak ada org je. Depan kiri kanan rumah takpayah cakap la. Rumah sebelah aku je berpenghuni. Depan rumah aku dua-dua tak berpenghuni. AWESOME. Yang lain semua tak beramah mesra sangat sebab smua bekerja lebih tepat tutup pintu rumah. AE dia mcm ignore apa yg aku cakap dia macam nak percaya tak percaya je. Aku malas nak cakap byk so aku ckp kat dia "We'll see" Kahkah. Kemain aku cakap besar kat dia sebab aku dah selalu dgr so dah cam lali dgn bunyi sumbang tu padahal dalam hati aku dah doa mcm mcm bagi bunyi tu tak terlampau agresif sangat. Sampai rumah dalam pukul 12 macamtu. Aku dengan AE dah penat sangat sebab travel jauh so decide nak tidur. 1st night lulus dengan jaya cemerlang tak ada bunyi sangat. 

2nd night time tengah lepak tengok tv. Tiba tiba bunyi kerusi meja ditarik dekat ruang tamu (sebab rumah semua pattern sama itu aku tau) aku dengan AE sentap. Pastu dua dua cakap nak stay dalam bilik je baca novel, twitter semua. Pap! Aku tutup tv. Nak suruh aku tunggu canggak depan tv tu lagi? Sorry weh. Astro Oasis pun tak ada siaran Indahnya Iman apa semua tu. Dalam bilik aku baca novel dengan twitter. AE twitter. So sudden 5min lepas tu dengar bunyi yang sama macam kat depan tadi. Tapi lagi kuat AE dah sentap dia tengok je aku. Aku watlek sebab aku dah jangka nak jadi (dalam hati dah baca Al-Kursi byk kli dah) AE whatsapp aku sebab tk berani tegur dengan mulut. AE tanya aku ada Surah Yassin dengan Al-Kursi tak dalam phone. Aku cakap takda then dia cari dalam youtube dah download apa semua. Pastu aku whtsapp AE cakap "Pattern rumah sama. Ni master bed room tapi kecik ja tak muat nak tarik kerusi meja makan" Pap, dedua sentap lagi. Terus decide nak tidur. 

3rd night dah makin kerap pulak bunyi orang tarik kerusi meja. Pagi tak rasa sebab aku dgn AE keluar. Bila malam kena kacau dah macam hapa je. Orang nak rest pun terbantut. Ceh. Masing masing malas nak tgk tv. Lepak dalam bilik. AE otp dgn TAI, aku baca novel dengan Twitter macam biasa. Time aku tengah tweet merapu tiba tiba aku dgn AE sentap sebab bunyi tu makin lama makin kuat. Aku pun tweet la benda benda yang aku dengar tu include segala kata kata sarcasm.


AE yang tengah baca apa aku tweet dia tanya "Alia pun dengar?" Aku angguk jelah. Pastu benda tu makin lama makin kuat makin kuat. Ceh ceh. Saja ja -,- AE cakap kat TAI dia nak letak phone dulu sbb nak buka Surah Yassin. AE kuatkan surah Yassin tu, tau apa jd? Makin kuat bunyi meja kerusi ditarik............ Pastu aku ni jenis senang nak tidur. Aku pun tertidur dengan ayat Yassin tu sampai ke pagi. Pastu pagi tu AE dah macam cakap time aku dah tidur tu bunyi lain pulak dia dengar dia dah cuak dia letak bantal kat tepi pastu himpit aku. 
Maknanya aku peluk bantal panjang dan dia sebelah aku dan sebelah dia bantal panjang. Boleh bayang? Ha-ha-ha. Ok. Then dia ada tunjuk dekat aku kaki dia ada lebam. 
Aku tengah mamai buat taktau la. 

4th night aku dengan AE penat gila gila. So dedua nak tidur awal. Tetiba time tutup lampu bunyi kuat gila. Zassss! Aku dengan AE dah kabut cepat pasang ayat Yassin. Pastu semua tertidur. Blablablablablabla. Sampai 5th night tak teruk sangat. Last night aku dengan AE balik dari makan pastu kebetulan time tu dah pukul 8malam. Aku pun dongak tengok atas rumah. LAMPU ATAS RUMAH TUTUP. Aku pun angkat kening dekat AE. Cepat cepat masuk rumah, aku dah tidur awal lagi macam kebiasaan AE otp dengan TAI.   Pastu AE bagi TAI dengar bunyi tu baru TAI percaya. Ok, ni AE cerita. Dia cakap malam tu lepas dia buka surah Yassin. Tetiba dia dengar org ketuk besi/ main batu seremban. Eh eh? Aku taktau lah. Then aku perasan something kat kaki aku. Korang tahu benda apa? 
LEBAM AKU TEMPAT YANG SAMA MACAM AE. 
Kau gila ke? Aku dah mcm blur dah time tu dah speechless sangat sangat dah. Nak tahu ramai gila orang bagitahu aku benda sama;
Kalau ada lebam kat badan tiba tiba maknanya benda tu datang menumpang tidur sekali. 
Pap! Cuba scroll ke atas balik, baca yang aku quote kan tu. Yang pasal bantal tu. Korang fikir tak apa aku fikir. Ha-ha-ha-ha. Kbai weh. Aku taknak percaya benda ni. Aku harap takbetul. Sebenarnya banyak lagi cerita yang aku tak bagitau AE sebab aku taknak tambahkan tahap ketakutan dia. Bayangkanlah dalam rumah tu dia tak berani pun kemana mana sesorang malam-malam. Sebab benda tu. Dalam rumah kot. Aku rasa kalau aku bagitau dia satu cerita lagi mesti dia tak berani keluar rumah. Sebab aku first time tau benda tu pun dah macam cuak cuak je taknak keluar memalam.

Meremang aku cerita. Kena kacau ni sebenarnya tak best langsung. Aku taktahu macam mana orang boleh sanggup pergi cari benda alah ni dan aku takboleh bayang macam mana orang yg hijab mata dia terbuka yang boleh tengok benda ni. Nauzubillah. Aku taknak benda ni jadi lagi.
Tiada unsur penambahan perisa apa apa. Original, no copy no paste. Percaya atau tak ikut suka. Kbai.

Labels:


0 Comment(s)