<//avoir>
Bunyi apa tu?
Tuesday, June 410:12 PM \\


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ ♥


Hi bloggerrsss (bajet macam cakap depan camera phone lambai lambai gaya Taylor Swift upload dalam keek) Ok. Aku tau dah sebulan lebih tak update blog ni. Tau, perasan tapi saja tak ada keinginan dan ketabahan serta kegigihan dalam diri untuk taip panjang panjang lebar even cerita berjela jela 300helai muka surat depan belakang pun belum tntu cukup lagi. Eh, Kena tipu. 

Di sebabkan traffic blog aku dah macam lengang, selengang jalanraya Karak tu. Aku sedih sangat. Sangat sedih kot (macam selama ni 5000 org pulak yg baca blog kau, Alia. Perasan) Maka, malam ni bertemankan lagu lagu yang berkumandang dalam phone aku (asal bahasa baku sangat weh) nak jadi ghost-story-teller kat sesiapa yg sudi menjenguk blog aku. Malas noks nak edit blog. Watlek baru sangat aku edit blog. Takkan setiap kali nak buat post kena edit kan. Mampus aku camtu *melayang layang

Back to topic, macam post sebelum ni pun aku ada cerita seram kan? Mesti korang dah rasa mcm nak hempuk laptop&phone sebab sesikit mesti aku nak post pasal ghost bagai. Eh, suka hati lah. Nak dengar duduk diam diam scroll post aku sambil kunyah popcorn bagai korg tgh tgk movie dalam pawagam. Feeling kateko. 

Adalah haritu tak ada kerja sangat jadi aku dengan geng classmate yg banyak beno cerita hantu ni dgn yg menumpang nak dengar dan ada jugak yg nak share story jugak. So, dari sorang ke sorang share cerita. Tapi paling best cerita AM. Cerita dia mampu buat korang rasa nak terkencing dan tak berani nak masuk bilik air sekolah yg kononnya sunyi sepi tu. Bila sampai turn aku pulak, aku dengan semangatnya buka mukadimah macam nilah:

Tersebutlah kisah sang kancil dan rama rama menari nari,
Masa tu aku ddk melukis sbb boring sangat, dalam bilik. Harapan lah aku nak buka pintu time tengah golek golek atas katil tu kan. Mmg rapat serapat rapatnya. Masa aku masuk bilik tu jam baru menunjukkan pukul 10mlm (bakunya ayat macam nak buat karangan 5bintang pulak). Aku pulak bukan jenis yg suka melepak dalam bilik aku kalau abang abang aku tk balik. Sbb atas ni kalau musang jantan main kejar kejar dengan musang betina pun bunyi semacam ja macam nak runtuh atap rumah (bahasa kiasan) Paham paham lah anak anak sekalian. 

Aku pulak taktau apa pasal malam tu jadi terlebih berani boleh pulak siap golek golek atas katil pastu leka gila dengan lukisan tak berapa lukisan aku tu. Ingatnya baru pukul 11 lebih aku buat tak tau lah siap boleh layan Twitter lagi time tu sebab aku sangat lah Twitter-gar (twitter tegar). Sedar sedar dah pukul 12.40 pagi. Jengjeng. Dah mula gelabah, dalam hati dah berkira dah nak turun bawah atau nak bantai tidur ja kat atas ni. Dalam aku buat tak kisah even kisah sangat sangat tu aku tetiba dgr pappp papp papp (derap kaki manusia lah). Al maklum lah atas rumah ni mama saja pilih papan playwood so semua pegerakan org naik atas mahupun turun bawah akn didengari dgn jelas. Lps dgr elok elok, aku pun buat kesimpulan sendiri 'Oh, abah naik atas kot ambik barang ke apa' sebab derap kakinya sangat normal tak ada syak wasangka. Lagipun abah memang kekdg dia tidur lambat sebab buat office work.

Selang 20min ada dengar lagi pappp papp pappp (dua kaki dan sangat kuat). Ok, kali ni derap kaki sangat lah ganjil weh. Aku tak cakap korang yg sendiri fikir. Aku taktahu. Pastu aku pun dah cuak mula lah buka surah yassin dduk diam diam dalam bilik. Pastu berhenti. Aku dalam hati dah macam 'turun tak turun tak turun tak'. Sebab aku dah imagine kalau aku buka pintu bilik ni ada benda pulak yang terjenggul depan aku mau pengsan tak sedar diri 24/7 hours demam tak kebah tiga pat hari. Tapi, macam dalam filem filem gagah nak keluar jugak dari bilik sebab aku takut nanti risiko lagi tinggi kalau aku tetap degil nak stay dalam bilik tu. 

Kalau fikir balik dedua tindakan ni macam tunjuk berani heroin. Pilihan pertama, biarkan aku kena kacau sesorang dalam bilik dengan pelbagai lagi bunyi yang menghantui aku. Pilihan kedua, keluar bilik dan ddk bawah sesorang buka tv walaupun aku terpaksa buka pintu dgn harapan takda lah yang terjenggul jatuh menimpa aku nanti dan mungkin kena kacau dengan bunyi dari merata tempat tapi boleh ketuk pintu bilik mabah kalau tak tahan sangat kena kacau. Kalau korang pilihan mana korang buat? Ok, aku decide ambik pilihan kedua sebab apa apa aku boleh ketuk bilik parents aku. 

So, dengan lafaz bismillah dengan baca ayat Kursi sambil hembus hembus dekat pintu dengan harapan mengunung tak nampak apa apa. Aku pun buka pintu dengan mata separuh tutup dengan selawat semua cukup. Pintu dah buka nak suruh aku canggak lagi duduk jadi tugu depan pintu ke apa? Lari marathon lah aku walaupun jarak bilik aku dgn tangga takda lah jauh benor tapi fe-feeling macam kena kejar dalam kes halimunan. Pastu sampai tangga baru sedar yg lampu atas tak buka. Yesssss! Feeling macam nak lompat dari tingkat atas sampai bawah pakai payung terjun atau bajet macam nak lompat galah. Malangnya semua peralatan tu takda kat aku. Dengan alif ba ta aku turun bawah dengan langkah besar tak berapa besar sampai kat bawah aku dah tarik nafas macam tak cukup oxygen. Dah lega lah kononnya. 

Jengjeng, dah sempat bernafas apa semua aku baru sedar dekat bawah pulak dah macam hapa lagi lampu buka satu je, lampu ruang tetamu. Aku dah macam nak semput balik dah. Tengah fikir abah kat luar ke buat office work tetiba aku dengar prang prang prang (pingan mangkuk cawan berlaga dekat dapur) Ha kau, otak aku dah takboleh nak cerna apa lagi dah. Dah sgt sangat semput time tu. Dalam hati dah sumpah seranah cakap 'aku harap ni nightmare sedarlah sekarang aku tak sanggup lagi dah nak tanggung semua bunyi ni' Tapi ni bukan nightmare yang selalu aku mimpi jaga jaga dah siang. Kembali ke alam realiti, macam aku plan lah aku terus ketuk bilik mama macam nak roboh. Ternganga ja pintu aku dah jenguk. Ok, now aku rasa macam nak menjerit. Siapa yg kat dapur kalau abah dah tidur!!!!!!!! Aku pun dah tak ada kudrat nak simpan benda ni sesorang aku pun bagitau mama aku cakap "Ma, adik dgr something kt dapur ingat abah yg kt dapur" Then mama pun macam "Mana? Tak dengar pun" Ok, benda ni memain dengan aku. Dengan aku kemain dia bunyi itu ini. Bila mama dah buka pintu bunyi tu serta merta stop. Sengaja!! Aku dah nak meraung dah time tu cam nak mintak mama teman aku malam tu. Serious k. Pastu mama pun cakap "Dah, p tidur jgn fikir sangat" Mama r u serious?! Pastu mama tutup pintu bilik serta merta bunyi prang prang prang mcm org berperang je bunyi makin lama makin kuat. Sengaja!!! Aku tak ada option lain dah. So, aku tidur atas sofa depan tv dgn buka lampu ambil bantal tutup muka dan telinga. Dan aku baru sedar bila dah Subuh.

Alhamdulillah sangat sangat Ya Allah Ya Rabb. Tapi aku pelik so sudden abah ambik Yassin baca dekat dapur. Nampak tak?! Boleh fikir tak. Ok. Aku taknak cakap apa apa. Nak diam je. Pastu dah macam petang sikit baru aku tanya mama "Knp abah baca Yassin kt dapur?" Mama tak jawab apa. Aku dah malas nak tanya karang aku jugak yang terketar ketar lutut. 

The end. 
Di balik tabir, 
Masa aku tengah laju gila menaip macam minah topedo tadi. Memula cool je. Sampai kat part aku start cerita pasal bunyi tapak kaki asing tu aku dah macam rasa meremang bulu roma kat tengkuk. Rasa macam dah lawan mencacak cacak dah. Aku rasa macam benda alah tu tengok je aku menaip cerita pasal dia. Aku cam ok. Takpayah tunjuk berani sangat mari turun bawah. Aku pun ambik semua benda yang sepatutnya pastu turun bawah. 

Time korang baca ada rasa rasa macam kena tengok tak? Mana tahu dia tengah kunyah Cadbury ke pastu cakap kat korang "Comel tak Kak Ton" K, tak lawak. Goodnight! 





Baaaa! Cakk!
Jangan lupa follow my instagram dan keek. Url ada dekat atas. Click je button tu. Thankyou! Dah baca tu promote lah kat kengkawan bagi bed-time-story kat dorang jadi kawan story-teller malam ni. Kikiki.


Labels:


0 Comment(s)